3 LANGKAH UNTUK KEKAL POSITIF DALAM KEHIDUPAN

1. Sentiasa Bersyukur

Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Dengan sentiasa bersyukur, kita akan lebih menghargai setiap apa yang kita miliki. Bersyukur dengan keberkatan rezeki, kesihatan tubuh badan yang sihat untuk memudahkan kita bekerja dan beramal ibadat. Juga mensyukuri kehidupan kita yang dikelilingi oleh ahli keluarga yang saling menyayangi. Inilah nikmat yang tidak terhingga nilainya dari Allah buat kita semua.

2. Sentiasa Bersangka Baik

Setiap insan pastinya diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya. Hidup ini pastinya lebih mencabar dengan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Kita pula sewajarnya sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian yang datang dan bersangka baiklah dengan ujian tersebut. Kadangkala, ujian atau dugaan yang hadir dalam hidup kita mungkin satu nikmat dari Allah untuk meningkatkan lagi keimanan kita terhadapNya. Kealpaan kita dengan nikmat dunia kadangkala buat kita terlena seketika. Maka, ujian yang hadir dalam kehidupan kita pastinya akan mengejutkan dari terus terbuai lena.

3. Sentiasa Berkasih Sayang

Sentiasalah kita berkasih sayang dengan ahli keluarga kita, terutamanya dengan ibu bapa, suami/isteri dan anak-anak kita. Memenuhi keperluan ibu bapa dan keluarga, berziarah di kalangan ahli keluarga dan membantu ahli keluarga yang memerlukan merupakan cermin kasih sayang yang perlu kita amalkan untuk kekal positif dalam menjalani kehidupan harian kita. Berkongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang pastinya dapat mencetuskan suasana yang positif dan harmoni.

Sama-samalah kita kekal positif dalam menjalani kehidupan ini.

Salam Mesra,
~Fieda Roni~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *