7 PETUA HILANGKAN BATUK SECARA SEMULAJADI

PETUA HILANGKAN BATUK

Selain pengambilan ubat-ubatan dalam mengurangkan masalah batuk yang dialami oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak, berikut adalah beberapa alternatif yang boleh diambil bagi menangani masalah batuk ini:

1.Minum air kosong yang banyak 

Jika kebiasaannya, golongan dewasa terutamanya memerlukan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi jika anda mengalami batuk, sewajarnya pengambilan air kosong ini ditingkatkan lagi. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyingkiran toksin dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit. Malahan, lebih elok jika mengamalkan pengambilan air suam ketika batuk bagi melegakan kesakitan yang dialami.

Sebaik-baiknya, elakkan pengambilan air berkarbonat atau kordial berperisa ketika ini kerana kandungan gula yang berlebihan di dalamnya akan memekatkan darah dan mengganggu proses penyingkiran toksin dalam badan. 

2.Minum Air Campuran Madu & Lemon

Amalkan air campuran madu dan lemon. Berikut adalah cara membuatnya: Campurkan 1 sudu kecil madu, 2 sudu teh jus lemon dan 1 cawan air suam.

Madu ini sangat sesuai diamalkan ketika batuk mahupun sakit tekak. Ia berupaya melawan jangkitan bakteria dalam tubuh. Pengambilan lemon ketika batuk pula dapat meneutralkan tubuh yang berasid. Amalkan campuran air ini di waktu pagi atau sebelum makan. Boleh diamalkan dalam 3-4 kali sehari ketika mengalami batuk.

Nota : Jus lemon ini boleh juga digantikan dengan jus limau nipis

3.Minum Air Campuran Halia + Madu + Lemon 

Ketika mengalami batuk, kita boleh juga mengamalkan pengambilan air campuran halia, madu dan lemon.

Berikut adalah cara membuatnya: 

Ambil 1 inci hali, dilumatkan dan diambil jusnya. Kemudian, campurkan ke dalam air suam yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu dan jus halia tadi. Halia merupakan antioksidan dan antivirus yang baik dan pengambilan halia ini dapat melegakan batuk yang dialami.

Nota : Anda juga boleh mendapatkan Tablet Halia Srasee dengan 1001 khasiatnya DI SINI untuk melegakan batuk & pelbagai penyakit.

4.Amalkan Campuran Air Asam Jawa

Campuran air asam jawa boleh melegakan batuk. Ia boleh dijadikan bahan kumur untuk melegakan sakit tekak, juga boleh diminum untuk melegakan batuk. 

Berikut adalah cara membuatnya: 

Masukkan 1 sudu besar asam jawa, dibuang bijinya dan dicampur dengan air suam. Boleh diamalkan 3-4 kali sehari.

5.Amalkan Pengambilan Bawang Putih

Bawang putih merupakan salah satu antibiotik semulajadi yang dikurniakan Allah untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia bukan sahaja baik diamalkan ketika mengalami batuk dan selsema, tetapi ia merupakan salah satu makanan alternatif untuk pesakit kanser mahupun HIV. Bawang putih ini dapat membantu tubuh badan melawan penyakit.

Cara pengambilannya ialah dengan menyalai bawang putih ini bersama kulitnya selama lebih kurang 2 minit. Kemudian, kupaskan kulitnya, dibasuh dan terus dimakan.

6.Mengambil Produk Yang Memiliki “Menthol”

Batuk yang dialami boleh juga diredakan dengan sapuan seperti Vicks, yang mempunyai “menthol” pada bahagian dada.Tujuannya adalah untuk melancarkan pernafasan ketika batuk dialami.

7. Mengambil Habbatus Sauda’

Habbatus Sauda’ sangat baik untuk merawat pelbagai penyakit, termasuklah batuk dan selsema.Kini, Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam boleh didapati dalam pelbagai bentuk, sama ada berbentuk bijian, serbuk, minyak mahupun dalam bentuk kapsul. Pengambilan habbatus sauda’ ini juga sangat disyorkan bagi melegakan batuk yang dialami.

NOTA PENTING : Sila dapatkan rawatan segera di klinik/hospital jika batuk tidak berkurang dan sentiasalah memohon kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *