TENTANG SAYA

fiedaroni.com

Assalamualaikum, 

Hai semua! Selamat Datang ke blog fiedaRoni.com! Blog ini diwujudkan untuk memudahkan pembaca mendapatkan serba sedikit informasi berkaitan kesihatan, koleksi resepi masakan harian yang mudah dan tips-tips berkaitan keibubapaan. InsyaaAllah..

Saya berasal dari Kluang, Johor dan kini menetap di Johor Bahru.  Saya memiliki seorang suami yang sangat penyayang dan kehidupan ini semakin ceria dan lebih bermakna dengan kehadiran 3 cahaya mata yang sangat saya sayangi..Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup ini selain memiliki sebuah keluarga yang bahagia, kehidupan yang sihat dan ceria serta berkongsi segala yang memberi manfaat untuk kebaikan semua (“,)

Saya bersyukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaNya, akhirnya tercapai cita-cita saya merealisasikan impian memiliki blog sendiri. Blog yang ingin saya kongsikan segalanya yang terbaik buat panduan kita bersama.

Saya dengan rasa rendah diri juga memohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat dalam blog ini dan saya juga sedia menerima segala komen dan cadangan yang membina untuk diperbaiki dari masa ke semasa.  Yang terbaik, pastinya dari Allah dan yang lemah itu pastinya dari diri yang serba kekurangan ini..

Salam mesra,

Fieda Roni

info@fiedaroni.com