10 PENAWAR STRES UNTUK DIAMALKAN!

STRESS BLOGDalam menjalani kehidupan seharian, kadangkala kita akan berasa stres atau tertekan dengan pelbagai masalah mahupun cabaran yang mengelilingi kita. Kebijaksanaan seseorang dalam mengurus stres adalah amat penting bagi memastikan segala urusan harian berjalan lancar. Malahan, kegagalan dalam mengurus stres dengan baik boleh mengundang kepada pelbagai kesan negatif terhadap tahap kesihatan seseorang dan ia boleh mempengaruhi persekitarannya.

Berikut adalah GEJALA STRES yang perlu kita ketahui untuk mengelakkan stres ini berlanjutan dan meninggalkan kesan yang negatif terhadap kehidupan kita:

  • Sering Gelisah
  • Risau Yang Keterlaluan
  • Kerap Mengalami Gangguan Tidur
  • Kurang Tumpuan Terhadap Kerja
  • Mudah Berasa Marah

Berikut pula adalah PUNCA STRES dalam kehidupan harian kita:

  • Masalah Kewangan
  • Beban Kerja Yang Keterlaluan
  • Konflik Rumahtangga
  • Penyakit Fizikal Yang Dialami
  • Persekitaran Yang Tidak Selesa
  • Gangguan Seksual
  • Kesan Tragedi (Trauma)

STRES BLOG 2

Bagi mengelakkan stres ini berlarutan dan meninggalkan impak yang negatif dalam kehidupan kita, 10 AMALAN PENAWAR STRES berikut mungkin boleh membantu kita mengurus stres dengan lebih baik:

  1. Bertenang
  2. Berurut
  3. Bernafas Dengan Dalam
  4. Berehat & Mendengar Muzik
  5. Berkata “relakslah..” Pada Diri Sendiri
  6. Beriadah
  7. Beribadat
  8. Bersenam
  9. Bercakap Dengan Seseorang
  10. Berfikiran Positif

Akhir kata, sentiasalah kita berusaha mengurus stres dengan baik. Elakkan stres yang berlarutan untuk membina persekitaran yang positif. Pengurusan stres yang baik akan akan menjana keputusan dan tindakan yang lebih rasional dan menggembirakan orang lain!

Sekian.

~Fieda Roni~

#Kredit : KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *