BAHAYA KAFEIN BERLEBIHAN

BLOG BAHAYA KAFEIN

Apakah itu KAFEIN?

Kafein merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan daripada bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia dihasilkan secara tiruan dan ditambah dalam makanan dan minuman tertentu seperti kopi, teh, coklat, ais krim dan setengah ubat-ubatan.

Kafein bertindak merangsang sistem saraf utama dalam tubuh badan kita. Dengan itu, tidak hairanlah jika kebanyakan daripada kita gemar minum minuman berkafein seperti kopi terutamanya, untuk menghilangkan rasa mengantuk. Walau bagaimanapun, kita juga seharusnya berwaspada, kerana pengambilan kafein yang berlebihan ini boleh membawa mudarat kepada tahap kesihatan kita. Yang pasti, pengambilan makanan mahupun minuman berkafein yang berlebihan akan menyebabkan seseorang mudah rasa gementar, sakit perut, sukar memberikan tumpuan, sukar untuk tidur, meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Berikut adalah antara risiko pengambilan kafein berlebihan:

  • Mengganggu Sistem Pencernaan

Pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan apabila otot-otot yang terlibat mulai menegang dan akhirnya akan memperlahankan proses pencernaan yang berlaku.

  • Menyebabkan Haus Berlebihan

Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan cepat berlakunya kehilangan cecair dalam tubuh badan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 gelas air kosong selepas pengambilan makanan/minuman berkafein ini.

  • Meningkatkan Risiko Sakit Jantung & Strok

Peningkatan kadar trigliserida, kolesterol jahat pada tubuh dan berlakunya pemekatan pada darah akan menyebabkan berlakunya pemendapan lemak pada pembuluh darah. Keadaan ini akan menyempitkan pembuluh darah tersebut dan seterusnya meningkatkan risiko berlakunya serangan sakit jantung dan strok.

  • Menyebabkan Osteoporosis

Pengambilan kafein berlebihan, di kalangan wanita hamil terutamanya sangat berbahaya! Ia akan melemahkan daya tahan tubuh. Malahan, kafein ini akan menyerap segala mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Oleh itu, sama-samalah kita menjadi pengguna yang bijak. Pilihlah makanan dan minuman yang berkhasiat untuk keluarga yang kita sayangi. Sentiasa bersederhana dalam apa jua tindakan kita.

Nota : Sentiasa bersama kami dengan tips dan panduan Inspirasi Sihat Semulajadi (“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *