KHASIAT PERIA KATAK UNTUK PENYAKIT DIABETES

epal peria katak

Peria katak, iaitu Bitter Gourd / Bitter Melon merupakan sejenis sayuran herba yang sangat baik untuk kesihatan. Malahan, gabungan peria katak dan epal hijau yang dijadikan sebagai jus kesihatan di kalangan pesakit diabetes kini bukanlah suatu yang asing lagi. Jus kesihatan ini dikatakan mampu mengawal kandungan gula dalam darah pesakit diabetes II (kencing manis).

Selain itu, peria katak ini juga boleh direbus dan air rebusannya juga boleh diminum setiap pagi sebelum bersarapan. Bagi sesetengah pesakit diabetes, peria katak ini boleh dinikmati begitu sahaja sebagai ulam, tidak kurang juga yang gemar menjadikannya sebagi salah satu hidangan lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Yang pasti rasanya sedikit pahit dan kepahitannya inilah yang memerlukan kekuatan untuk kita mengamalkan pengambilannya secara konsisten setiap hari.

Mari sama-sama kita semak apakah keistimewaan yang ada pada peria katak ini, terutamanya jika diamalkan oleh pesakit diabetes/kencing manis:

  • Peria katak ini mengandungi kalori yang sangat rendah – hanya 17 kalori dalam setiap 100g
  • Peria katak ini mengandungi kandungan fiber dan mineral yang tinggi – menjadikannya sumber anti oksidan yang baik untuk tubuh badan manusia
  • Peria katak ini juga memiliki Pyho-nutrient dan Poplypeptide-P yang merupakan insulin tanaman yang hanya terdapat dalam sayuran hijau – ia mampu membantu pengawalan gula dalam darah pesakit diabetes
  • Ia juga mengandungi kandungan Vitamin C, Carotene, Leutein & Zea-Xanthin – ia bertindak sebagai sumber anti oksidan, anti penuaan, anti kanser dan sebagai agen pencegah berlakunya penyakit kronik
  • Peria katak ini juga kaya dengan¬†kandungan Vitamin B3, B5, B6, zat besi, magnesium & manganese¬†– ia membantu mencegah berlakunya sembelit, mencegah berlakunya jangkitan dan mengurangkan kadar kolesterol

Bonus : Resepi Jus Epal Hijau & Peria Katak (Cik Tom)

1 biji peria katak (dibuang biji & dipotong kecil)

1/2 biji epal hijau (dipotong kecil)

4 cawan air kosong

[Cara : Blender kesemua bahan di atas, ditapis dan sedia diminum]

Kenapa EPAL HIJAU ini sangat sesuai dicampurkan dengan PERIA ini?

Amalan pengambilan epal hijau juga secara tidak langsung dapat memberi banyak manfaat kepada kita. Antaranya, epal hijau ini dapat membantu kita mengekalkan berat badan, dapat mengurangkan kekerapan serangan asma/semput, mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik seperti kanser dan sakit jantung serta dapat menguatkan fungsi paru-paru.

Semoga kita semua dapat terus berusaha mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalkan pemilihan makanan yang baik untuk kesihatan secara konsisten.

“Terus Sihat Secara Semulajadi”

Dapatkan juga produk kesihatan berasaskan halia untuk pesakit diabetes, darah tinggi dan kolesterol tinggi DI SINI.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *