PANDUAN HADAPI CUACA PANAS

CUACA PANAS SUHU 1

Malaysia kini sedang berhadapan dengan fenomena EL Nino yang kuat yang menjadikan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa.  Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi menghadapi situasi ini, terutamanya di kalangan pesakit kronik dan kanak-kanak. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, fenomena El Nino menyebabkan kelembapan berkurang sehingga 60% dan berlakunya kenaikan suhu sehingga 2.0 darjah daripada keadaan biasa. Malahan, cuaca panas terlampau ini boleh menyebabkan individu kerap berpeluh, seterusnya menjadi punca berlakunya kekurangan cecair dalam tubuh. Kekurangan cecair dalam tubuh pula akan menjadikan individu mudah letih dan kurang bertenaga. Jika keadaan ini berlaku, individu sangat berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba. 

Berikut merupakan beberapa panduan menghadapi fenomena cuaca panas ini untuk diamalkan oleh anda seisi keluarga:

1.Minum air kosong yang mencukupi atau sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi individu dewasa. Air kosong ini sangat penting bagi menyingkirkan segala lebihan racun dan kotoran dalam tubuh badan kita bagi memastikan organ dalamam kita berfungsi dengan baik.

MINUM AIR KOSONG 2

2.Kurangkan aktiviti di luar terutamanya aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi. Jika perlu, jadualkan aktiviti luaran anda dengan baik, seperti melakukannya di waktu pagi atau malam yang mana keadaan cuaca adalah lebih sejuk. Jika anda keluar daripada bangunan, pastikan anda memakai payung bagi melindungi diri anda daripada terdedah kepada cahaya matahari terus yang panas.

3.Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, terlalu keras, terlalu manis mahupun makanan yang liat seperti daging yang boleh meningkatkan lagi suhu badan anda.

MAKAN BUAHAN 3

4.Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan bewarna hitam/gelap  ketika menghadapi cuaca panas ini. Pakaian yang bewarna gelap ini akan meningkatkan lagi penyerapan haba dan menyebabkan anda cepat berasa panas dan berpeluh.Sebaiknya, pakailah pakaian yang bewarna putih atau bewarna cerah untuk mengurangkan risiko penyerapan haba yang berlebihan ini.

5.Jika anda berada di dalam rumah atau bagunan ketika cuaca panas seperti ini, pastikan sistem ventilasi anda dalam keadaan yang baik. Contohnya, jika anda berada di rumah, pasanglah kipas dan bukalah tingkap untuk mengekalkan pengudaraan yang baik ini.

6.Kerap mandi apabila berhadapan dengan cuaca panas ini, sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau setiap kali anda berasa rimas atau tidak selesa. Amalan ini adalah untuk menyejukkan suhu badan anda dan mengurangkan kesan stress yang anda alami. Walau bagaimanapun,elakkan pembaziran air dan gunakannya dengan penuh berhemah.

7.Bagi pesakit yang mengalami batuk, selsema, asma, jangkitan paru-paru dan penyakit kronik yang lain, sila dapatkan rawatan segera di klinik mahupun hospital jika keadaan kesihatan anda semakin teruk.

Dapatkan Aromatic Shower Cream Srasee yang dapat menyejukkan tubuh badan anda menghadapi cuaca panas ini. Merupakan syampoo badan dan rambut terbaik untuk kegunaan anda seisi keluarga!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *