RESEPI BINGKA KULIT ROTI MUDAH!

Selamat berhujung minggu semua..Tentu ramai antara kita tak tau nak buat apa dengan kulit roti yang tidak digemari oleh anak2..Hmm..jangan buang kulit roti tu..apa kata kita buat Bingka Kulit Roti Mudah. Dari dapur#feeronyKitchen, mari kita intai resepi Bingka Kulit Roti ini!

bingka-roti

Bahan2 yang diperlukan :

20161217_154905_richtonehdr

Bahan A:
Kesemua potongan tepi kulit roti Gardenia saiz besar (termasuk kulit keras bahagian atas & bawah roti; berat dlm 230g kesemuanya @ 8-10 keping roti putih
600ml santan (saya guna 1 1/2 kotak santan kara + 300 air,kacau sebati)

Bahan B:
3 biji telur – pukul sikit
1 1/2 cawan tepung gandum (170g)
1/3 cawan susu pekat (70ml)
1 sudu kecil garam
150 ml susu cair
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C : (**tak wajib..cuma kalo ade lg bagus..)
1 sudu kecil pewarna pink (kaler lain pun boleh..)
3 sudu besar nestum

Cara2nya:
✔Siat2 roti dan rendam dalam santan hingga tenggelam.Biar seketika (dlm 10-15 minit)
✔Campur semua bahan B di atas dan kacau hingga sebati (guna blender pun ok-biar sebati semuanya)
✔Tuang bahan B yang dah siap blender ni ke dalam bahan A.
✔Sapu loyang dengan minyak & tabur dengan sedikit tepung gandum.
✔Tuang kesemua adunan ke dalam loyang bingka / loyang saiz 8-9 inci
✔Titiskan pewarna pink di atas permukaan adunan & dilorekkan sedikit
✔Taburkan pula dengan serbuk nestum

carabingkaroti

✔Adunan dibakar pada suhu 180 darjah,guna api atas bawah selama 45 minit.Bila permukaan atas bingka kelihatan keperangan, gunakan oven api bawah sahaja selama lebih kurang 10-15 minit.
✔Bila bingka dah masak, keluarkan dati oven..tunggu sejuk baru dipotong ya😁

20161217_171449_richtonehdr

Selamat mencuba👍

#resepiBingkaRoti #feeronyKitchen #resepiBingkaRotiMudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *