RESEPI BUBUR IKAN

RESEPI BUBUR IKAN FIEDA RONI

Hai..Apa khabar semua?  Dah ready nak masak apa malam ni?

Hari ini saya nak share pula Resepi Bubur Ikan kegemaran anak-anak..Dah jadi kebiasaan kami sekeluarga, seminggu sekali mesti ada menu masakan bubur..kadang-kadang bubur ayam, bubur berlauk..bubur herba Faiza..

Dah lama tak masak bubur ikan ni..jadi hari ni anda semua boleh try resepi bubur ikan yang senang ni..sebenarnya nak guna ikan apa pun tak jadi masalah..cuma suka guna isi ikan tenggiri…untuk masak bubur ikan ni, tak banyak sangat pun isi ikan yang digunakan..

Yang akan menjadikan bubur ikan ni lebih sedap dan menyelerakan, anda boleh taburkan bawang goreng di atasnya nanti..Aroma bawang goreng yang wangi ini pasti manambat selera anak-anak dan suami..

Jom..kita semak resepi bubur ikan yang mudah ini..

RESEPI BUBUR IKAN

Bahan A :
2 potong ikan tenggiri (rebus dengan setengah inci halia hingga masak dan keluarkan isinya-ketepikan)

Bahan B :
1 cawan beras hancur (basuh dan terus didihkan)

Bahan C :
3 ulas bawang putih (didadu kecil )
1 ulas bawang besar (didadu kecil)
Sebatang serai (dititik)
1 biji kentang kecil (didadu kecil)
Sedikit carrot (didadu kecil)
1/2 inci halia (diketuk)
3 sudu besar santan/ susu cair

Cara2:
1.Sementara beras dididihkan, tumis bawang putih,bawang besar, serai dan halia hingga layu dan wangi
2.Masukkan hasil tumisan bawang, serai, kentang dan carrot ke dalam bubur yang telah mula pecah.
(Sentiasa tambah air ke dalam masakan bubur ikut keperluan)
3.Setelah bubur dan sayuran benar-benar telah masak, masukkan isi ikan dan santan/susu cair. Kacau rata hingga mendidih. (Boleh juga campurkan bubur ini dengan air rebusan ikan tadi)
4. Sedia dihidangkan dengan bawang goreng dan sambal kicap (“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *