RESEPI CREAM PUFF MUDAH

RESEPI CREAM PUFF INTI KASTARD ISTIMEWA!

cream puff blog

Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa kepada semua. Tinggal beberapa hari sahaja kita akan menyambut aidilfitri dan hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan berbuka puasa. Syukur, alhamdulillah..

Ok, hari ini saya ingin berkongsi resepi Cream Puff Berintikan Kastard Istimewa yang saya idam-idamkan sejak awal mengandung lagi. Tapi, sayangnya kebanyakan cream puff yang dijual di pasaran ataupun bazaar Ramadhan semuanya menggunakan inti kastard biasa yang berwarna oren kekuningan. Yang saya mengidam sangat ni nak makan Cream Puff Inti Kastard yang menggunakan campuran Whip Cream + Instant Custard, yang bewarna putih tu! Boleh tak? Hmm..jawapannya, memanglah kena buat sendiri (“,)

Kebetulan, ini adalah percubaan kedua saya membuat Cream Puff hasil rujukan resepi terperinci daripada blog fevret saya, kak Azlita Masam Manis :

Jadi, ini adalah resepinya yang telah saya jadikan 2 adunan bagi menghasilkan lebih kurang 30 cream puff bersaiz sederhana.

 

Bahan-bahan Cream Puff:

BAHAN CREAM PUFF

90g mentega-suhu bilik
200ml air
120g tepung gandum- kalau rajin, boleh diayak
4 biji telur(200g) – sukat dengan tepat & dipukul dengan garfu agar bercampur putih dan kuningnya
Cara-caranya:
cream puff blog step
1. Masukkan air dan mentega ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung gandum dan dikacau dengan cepat hingga tiada tepung yang melekat pada periuk.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk di permukaan periuk. Kemudian, padamkan api.
5. Masukkan telur dan kacau dengan cepat – boleh gunakan pemukul telur/whisk.
6. Inilah hasil adunannya dan dimasukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang.
cream puff piping
 7. Paipkan atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak. Tekan sedikit bahagian tanduk pada permukaan cream puff yang terhasil supaya cream puff kelihatan cantik. Spray atau sapukan sedikit air di permukaan atas cream puff sebelum dibakar.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan.
Bahan-bahan Inti Kastard Istimewa:

150ml non dairy whip cream (dipukul kental)
25g instant custard + 50ml air sejuk peti (kacau rata)

*Instant Custard & non dairy whip cream ini biasanya boleh didapati di kedai bakeri.

Campur adunan kastard dalam whip cream yang telah dipukul tadi dan kacau adunan ini hingga sebati menggunakan spatula. Masukkan inti kastard ini ke dalam piping bag dan simpan sebentar dalam peti sejuk. Selepas lebih kurang setengah jam, inti kastard ini boleh diisi dalam cream puff yang telah sejuk tadi.

Cara Mengisi Inti Kastard : Ambil satu biji cream puff, potong sedikit bahagian depannya untuk membentuk poket. Isi inti kastard ke dalam poket cream puff tersebut. Siap! Rasanya sangat lazat, seperti makan ais krim dalam cream puff (“,)

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *