RESEPI KEK OREN MOIST YANG MUDAH

kek oren moist fieda roni

Hai…

Apa khabar semua..geram pulak bila tengok banyak nya oren sunkist dalam peti ais ni..kalau dapat buat kek oren ni mesti sedap kan..lagi-lagi kalau kek oren homemade….yang kita buat sendiri..kek oren ni biasanya sangat terkenal di kalangan generasi ibu-ibu kita kan..

Rasanya kalau zaman ibu-ibu kita dulu, biasanya kek oren yang dibuat menggunakan kulit oren sunkist yang disagat dan struktur kek oren nya adalah sedikit kering..Tapi, berbeza dengan citarasa generasi kita sekarang, kebanyakan kek yang moist atau lembap adalah lebih menjadi pilihan kita.

Jadi, hari ni saya nak share resepi kek oren yang telah teruji kesedapannya, juga kelembapannya..untuk kita semua jadikan santapan istimewa keluarga dan anak-anak..

RESEPI KEK OREN MOIST

Bahan A :
2 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (ayak bersama, ketepikan)

Bahan B :
1 cawan minyak jagung/mentega cair (suhu bilik)
1 biji oren sunkist (basuh dan potong kecil2 bersama 1/2 kulitnya, buang biji dan urat putihnya)
1 1/2 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
3 sudu besar susu cair
*Blender kesemua Bahan B

Langkah Akhir :
1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B yang telah diblender dan kacau perlahan-lahan hingga sebati
2. Masukkan dalam cupcake kegemaran anda, bakar antara 15-20 minit dengan suhu 180 darjah
*Boleh juga ditabur sedikit hirisan badam di atasnya sebelum dibakar (jika suka)

*Jika dibakar menggunakan loyang kek yang bersaiz 8″, tempoh kek dimasak adalah lebih kurang 40 minit dengan suhu 180 darjah

Semoga resepi kek oren moist ini dapat memberi inspirasi untuk anda menambat selera keluarga anda (“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *