RESEPI PUDING AISKRIM OREO

RESEPI PUDING AIS KRIM OREO FIEDA RONI 2         RESEPI PUDING AIS KRIM OREO FIEDA RONI

Assalamualaikum semua..

Kali ini saya nak berkongsi pula Resepi Puding Ais Krim Oreo yang sangat mudah untuk dibuat.  Kebetulan di opis tempoh hari ada kawan yang bawak Puding Ais Krim Oreo ni untuk jamuan..Nampak sangat menyelerakan..

Cuma, resepi asal puding ais krim oreo ni menggunakan agar-agar tali dan biskut oreo original.  Tapi, disebabkan kat rumah ni cuma ada stok agar-agar serbuk, jadi sharing resepi kali ini kita gunakan agar-agar serbuk ye..saya gunakan biskut oreo strawberi dan ais krim neopolitan yang vanila-coklat-strawberi tu..actually, anda boleh je gunakan apa-apa jenis biskut oreo dan ais krim yang anda gemari untuk resepi puding ais krim oreo ni (“,)

Jom..kita intai resepinya…

RESEPI PUDING AISKRIM OREO
MUDAH!

Bahan2 :
2 bungkus agar2 serbuk tanpa warna
1.3 liter air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan aiskrim (apa2 perisa pun ok)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 pek biskut oreo

Cara2:
1. Masak serbuk agar2 + 1.3 liter air + gula pasir hingga mendidih
2. Blender susu cair + ais krim + telur + esen vanila + biskut oreo hingga hancur
3. Tuang bahan2 yang telah siap di blender tadi ke dalam adunan agar2 yang telah mendidih perlahan2 sambil dikacau rata
4. Tunggu hingga kesemua adunan agar2 ini mendidih.
5. Tuang adunan dalam acuan kegemaran anda. Tunggu keras dan sedia dihidangkan (“,)

Selamat Mencuba Resepi Puding Ais Krim Oreo!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *