RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM MUDAH (HOMEMADE MUSHROOM SOUP)

SUP CENDAWAN BERKRIM

Jom kita pelajari cari membuat homemade mushroom soup yang mudah ini. Sup cendawan homemade ini sebenarnya lebih sedap, lebih berkrim dan sangat digemari oleh anak-anak kita.

Sup cendawan ini juga sangat lazat jika dinikmati bersama roti, terutamanya roti bakar atau garlic bread seperti yang terdapat di Pizza Hut! Biasanya, saya lebih gemar menyapu roti putih dengan sedikit marjerin/mentega, kemudian dibakar seketika, dipotong kecil dan ditabur di atas sup cendawan tadi. Sangat lazat dinikmati ketika masih panas (“,)

Saksikan video demo cara memasak SUP CENDAWAN BERKRIM ini.

Mari kita semak resepi sup cendawan berkrim dari dapur saya :

Bahan-bahan Sup Cendawan Berkrim:

2 biji kentang (potong dadu kecil)

250-300g cendawan tiram (dihiris)

1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)

2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)

3 camca besar minyak masak (untuk menumis)

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

1 1/2 sudu besar tepung gandum

3/4 cawan susu cair

1 liter air (4 cawan air)

1 kiub ayam

Garam secukup rasa

Cara Membuat Sup Cendawan Berkrim:

  1. Rebus kentang hingga empuk. Tapis dan ketepi dahulu
  2. Tumis bawang besar & bawang putih hingga berbau wangi
  3. Masukkan cendawan dan masak hingga layu
  4. Masukkan kiub ayam yang dihancurkan. Gaul rata
  5. Masukkan serbuk lada hitam
  6. Masukkan kentang yang telah direbus tadi. Gaul rata
  7. Matikan api dan masukkan secawan air
  8. Kisar kesemua bahan di atas untuk dijadikan pes sup cendawan
  9. Masukkan pes cendawan dalam periuk dan campurkan dengan 3 cawan air lagi. Gaul dan masak hingga mendidih (*boleh ditambah air lagi, jika kelihatan terlalalu pekat)
  10. Masukkan susu cair dan campurkan tepung gandum yang dikacau dengan sedikit air untuk memekatkan kuah sup ini
  11. Gaul rata sup ini, masak hingga mendidih. Matikan api dan taburkan garam secukup rasa (*Elakkan garam berlebihan kerana kiub ayam yang digunakan dalam sup ini juga adalah masin). Sedia untuk dinikmati!

SELAMAT MENCUBA RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM INI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *